Dalam perjalanan saya merentasi pelbagai zon masa dan geografi dan jet lag hampir setiap minggu, ramai bertanya, "bagaimana saya mengurus masa antara tanggungjawab di negara dan luar negara?" Saya menjawab," saya tidak menguruskan masa tapi saya menjana masa baru". Pengurusan masa tak memadai. Banyak mata yang berputar2 melihat saya. Saya tahu mereka tak percaya saya. Kisah dongeng. Terserah. Yang penting saya merasai saya ada masa lebih setiap hari. Inilah intipati buku saya "Saya Ada 25 Jam Sehari". Gambar hiasan 4 September 2016 927am..pemandangan DIFC (pejabat saya di Dubai ) dan Burj Khalifah dari hotel selepas aktiviti gym).